Yosh,
Hari ini seperti biasa bangun jam 6.30 a.m. Lepas solat saya pergi tolong atuk masak nasi goreng kampung.Trimas kasih kepada Pak Teh saya kerana membelikan untuk kitaorang perencah nasik goreng kampung.Mudah skit kerja.
Lepas abis makan dalam jam 7.00am kitaorang memakai baju seragam cam biasa.
Cuma sebelum ni ader sesuatu yang tak cukup. Aritu saya mention pasai baju,seluar dan ubat nyamuk jer,sebenarnya ada satu lagi seragam penting untuk pergi menoreh.
Iaitu kasut. Ianya sangat penting memakai kasut untuk kebun getah. Ini kerana kat ladang tu binatang melata banyak, mana la tau kot2 ader kala jengking or poison spider ker.
Cuma sebelum ni ader sesuatu yang tak cukup. Aritu saya mention pasai baju,seluar dan ubat nyamuk jer,sebenarnya ada satu lagi seragam penting untuk pergi menoreh.
Iaitu kasut. Ianya sangat penting memakai kasut untuk kebun getah. Ini kerana kat ladang tu binatang melata banyak, mana la tau kot2 ader kala jengking or poison spider ker.
![]() |
Tak mungkin ader Black Widow ader kat kebun! |
Jadi sangatlah diwajibkan memakai kasut.Dan bila pakai kasut semestinya kene pakai stoking yer dak?.
Tapi sebernarnya x perlu risau pun pasai binatang2 yang menakutkan jikalau kebun kita bersih dari lalang2 serta rumput-rumpai.
Kenelah selalu meracun ladang kita tue.
So aper kasut yang sesuai untuk pergi ke kebun?
So aper kasut yang sesuai untuk pergi ke kebun?
Boleh jer kalu korang nak pakai kasut SUPRA. Itu pun kalau korang rasa dah kaya sangat. OH!!! lupa pulak, seorang penoreh getah memang la KAYA!. Tapi saya seorang yang tidak mempunyai banyak wang so saya,ayok dan atuk hanyalah memakai kasut "but" yang biasa jer. Tapi atuk saya punya kasut special skit sebab dia pakai warna kuning punya.Macam Phua Chu Kang tue. Nanti bila saya dah mempunyai lebihan wang, saya ingat nak beli kasut macam patung McDonald pakai. Mesti cool gila kan.Wahahahaha ^.^
![]() |
Semuga impian jadi kenyataan. = ) |
Kitaorang menoreh satu kebun memakan masa dalam 1 jam setengah jugak la. Kebun tue ada dalam 250 batang pokok getah. Hahahaha banyak x?. Itu kira sikit jer jikalau nak banding dengan orang laen punya.
Kemudian setelah selesai kitaorang pon balik. Tapi ader perkara yang menyedihkan berlaku, semasa ayok bawak motor EX5 kesayangan melintasi landasan keretapi, secara tiba-tiba POWWWWW.....
berlaku geseran enjin dengan rel keretapi tersebut. ARGH!!! habis calar bawah motor tue... Sedih jugak la sebab motor tue x sampai lagi sebulan dibeli. Harap2 la boleh bertahan 3~4 tahun lagi.
Selepas sampai di rumah saya dan ayok terus ambil penyembur racun, racun jenama PARAQUAT, mask dan minyak pelincir untuk ke satu lagi kebun di suatu tempat bernama Pinggir untuk meracun. Situ juga salah satu kebun getah atuk saya. Cuma tanaman getah kat situ x cukup matang lagi untuk ditroreh.
Memang berat penyembur racun tue bila dah diisi dengan air. Tapi disebabkan saya ni kuat lagi gagah maka saya berjaya mengabiskan 3x reload. Ingatkan itu dah cukup banyak, tapi bila saya dapat tau dari atuk saya tentang sempadan kebun tersebut, terkejut beruk dibuatnya sebab banyak lagi yang perlu diracun. Nampaknya perlu la disambung keesokan harinya.
Petang tue macam biasa sambung membina reban ayam . Memang lambat kitaorang buat reban tue. Tapi x per kan?? Sebab orang tua2 kata biar lambat asal selamat. Hahahaha.
So begitulah kisah untuk hari ini. Next karangan saya nak cerita bagaimana nak meracun dengan cara2 yang betul.
Semuga kita berjumpa lagi = )