Rabu, 1 Ogos 2012

Perbualan Dengan Tuhan


Allah memulakan perbualan di dalam sembahyang dengan doa iftitah. Yakni setelah si hamba setuju untuk sembahyang dan mahu mengisytiharkan Allah Maha Besar dengan sepenuh-penuh keyakinan hatinya di dalam takbiratul ihram.

Maafkan saya.

Maaf ya para pembaca-pembaca sekalian, kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini.
Saya akui saya kekeringan idea untuk meng-update blog ini.
Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa saya boleh kekeringan idea.
Dan saya jumpa jawapanya tatkala bersendiri di kebun.
Kerana skop penceritaan saya terlalu kecil.
Hanya berkisar tentang hidup saya.
Dan ianya hampir sama saja setiap hari.
Jadi selepas ini saya akan update tentang sesuatu yang lain dari yang lain.
Sesuatu yang bermanfaat.
Sesuatu yang berilmu.
"Sebaik-baik manusia, manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain"
Cukup alasan itu untuk saya menukar kandungan blog ini.


-Sekian-