Rabu, 1 Ogos 2012

Perbualan Dengan Tuhan


Allah memulakan perbualan di dalam sembahyang dengan doa iftitah. Yakni setelah si hamba setuju untuk sembahyang dan mahu mengisytiharkan Allah Maha Besar dengan sepenuh-penuh keyakinan hatinya di dalam takbiratul ihram.

Yakni setelah sanggup berdiri mengadap ke kiblat dan mengankat kedua-dua tangan ke Kaabah sebagai "tabik hormat" seorang hamba, kepada Tuhannya.
Dalam keadaan diri suci lahir da batin.

Maka perbualan pun bermula:

Hamba berkata,
"Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya."

Hamba berkata lagi,

"Segala pujian untuk Allah dengan sebanyak-banyaknya." 

Hamba berkata lagi,

"Maha Suci Allah di waktu pagi ke petang, petang ke pagi."

Begitulah si hamba yang sudah kenal TuhanNya mengungkap kata-kata ke hadrat Allah swt.
Lalu Allah pun terus mengajarkan lagi apa untuk dikatakan waktu ini.

"Kuhadapkan wajah hatiku ke hadapan yang menciptakan langit dan bumi. Dalam keadaan lurus hati seorang Islam tanpa sekali-kali menduakan hati kepada-Nya"

Nampaknya, Allah buatkan pertemuan dimulakan dengan 3 ayat  pertama sebagai perkenalan dan perjanjian.
Allah mahu manusia sedar mereka mempunyai Allah yang tidak dapat dilihat mata tapi kewujuda-Nya dan kuasa-Nya terserlah kepada penciptaan-Nya. Tuhan masakan sama atau lebih kurang saja dengan status hamba.
Dia ada, bukan disaksikan oleh mata, kerana mata ciptannya tidak cukup kuat untuk melihat penciptanya.
Tapi akal boleh menyangka-nyangka tentang Tuhannya.
Namun hatilah ciptaan  Allah yang bolehkan kita untuk berhubung dengan-Nya.

Hati dibuatkan lebih mampu melihat daripada kemampuan mata. Mata cuma untuk penglihatan lahir yang dekat.
Akal Allah buatkan boleh nampak lebih jauh dari mata, lebih mendalam dan kepada apa yang lebih rahsia.

Namun akal itu terbatas kemampuannya.
Tidak mampu menjangkau Tuhan penciptanya. Tapi hati, sangat-sangat yakin dengan cara penglihatan yang diuntukkan padanya, bahawa Tuhan ada.
Sebab itu hatilah yang membuatkan manusia selalu-selalu memanggil Tuhannya iaitu:

"Tuhanku, oh Tuhanku, Tolonglah aku."

Hatilah yang memberitahu kepada akal bahawa Tuhan itu ada dan tiada selain Dia.
Dan hati telah berjanji untuk diberi kepada Tuhannya semata-mata.
Lantas akal pun bertanya.

"Apa logiknya?"

Hati menjawab dengan bertanya,

"Siapa ciptakan alam ini?"

Akal sambil mengangguk dan mengeleng berkata,

"Ya,Ya!"

Masih ragu-ragu saja akal,

 "Siapakah pula 'nature'?"tanyannya.



Tanpa meperdulikan ragam akal, hati terus berkata di dalam:
"Sesungguhnya sembahyangku ini, segala pengabdian lainnya, bahkan seluruh hidup ini hatta matiku nanti segalanya kulakukan semata-mata untuk Allah, tuan punya alam ini"

Ikrar dan sumpah setia ini Allah lah yang minta diucapkan pada-Nya, dan hati cukup bahagia mengungkapnya.
Tapi akal mempersoalkan lagi kerana dhaifnya dia dalam memahami sesuatu yang pada hati adalah pasti.

"Kenapa Tuhan paksa kita untuk hidup hanya untuk-Nya? Kita bukankah diciptakan ada juga keinginan-keinginan pada selain-Nya?"

Hati pun dengan cerdiknya menjawab, 

"Syuga itu dijanjikan kepada orang-orang yang hanya menginginkan apa yang Allah inginkan.
Neraka ialah untuksesiapa yang menduakan keinginanya.Sebab keinginan Allah itulah saja yang menjamin hasilnya baik untuk manusia,
sedangkan keinginan nafsu sering menjerumuskan manusia kepada derita.
Adilnya Allah memaksa insan kesayangan-Nya untuk bersumpah setia padanya! 
Demi keselamatan hamba-hambanya!"

Sebagai penutup tajuk pertama perbualan yang Allah anjurkan di antara-Nya dengan hambanya ialah kata-kata,

"Sungguh tiada dua-Nya Tuhan. Begitulah kata hati diperintahkan tuannya.
Maka bagi hati dia tetaplah setia dalam apa pun keadaan, dan menyerah diri (Islam) dan selamat"

Demikianlah seriusnya Allah meminta hamba-hamba-Nya, manusia agar menjadikan hidup dan mati ialah semata-mata untuk Tuhan.
Macam-macam bentuk sumpah dan janji serta ikrar taat setia diulang-ulangkan si hamba di depan-Nya,
di awal-awal pertemuan agar segala ujia-ujian Nya yang datang melalui nafsu, syaitan, dunia dan lain-lain dapat dilepasi dan dimenangi oleh hamba-hamba-Nya 

Dipetik dari artikel majalah -Nur Muhammad-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan