Isnin, 30 Januari 2012

Second test ^.*

Yosh,
Hari ini seperti biasa bangun jam 6.30 a.m. Lepas solat saya pergi tolong atuk masak nasi goreng kampung.Trimas kasih kepada Pak Teh saya kerana membelikan untuk kitaorang perencah nasik goreng kampung.Mudah skit kerja.
Lepas abis makan dalam jam 7.00am kitaorang memakai baju seragam cam biasa.
Cuma sebelum ni ader sesuatu yang tak cukup. Aritu saya mention pasai baju,seluar dan ubat nyamuk jer,sebenarnya ada satu lagi seragam penting untuk pergi menoreh.
Iaitu kasut. Ianya sangat penting memakai kasut untuk kebun getah. Ini kerana kat ladang tu binatang melata banyak, mana la tau kot2 ader kala jengking or poison spider ker.
Tak mungkin ader Black Widow ader kat kebun!
Jadi sangatlah diwajibkan memakai kasut.Dan bila pakai kasut semestinya kene pakai stoking yer dak?.
Tapi sebernarnya x perlu risau pun pasai binatang2 yang menakutkan jikalau kebun kita bersih dari lalang2 serta rumput-rumpai.
Kenelah selalu meracun ladang kita tue.
So aper kasut yang sesuai untuk pergi ke kebun?
Boleh jer kalu korang nak pakai kasut SUPRA. Itu pun kalau korang rasa dah kaya sangat. OH!!! lupa pulak, seorang penoreh getah memang la KAYA!. Tapi saya seorang yang tidak mempunyai banyak wang so saya,ayok dan atuk hanyalah memakai kasut "but" yang biasa jer. Tapi atuk saya punya kasut special skit sebab dia pakai warna kuning punya.Macam Phua Chu Kang tue. Nanti bila saya dah mempunyai lebihan wang, saya ingat nak beli kasut macam patung McDonald pakai. Mesti cool gila kan.Wahahahaha  ^.^
Semuga impian jadi kenyataan. = )
Kitaorang menoreh satu kebun memakan masa dalam 1 jam setengah jugak la. Kebun tue ada dalam 250 batang pokok getah. Hahahaha banyak x?. Itu kira sikit jer jikalau nak banding dengan orang laen punya.
Kemudian setelah selesai kitaorang pon balik. Tapi ader perkara yang menyedihkan berlaku, semasa ayok bawak motor EX5 kesayangan melintasi landasan keretapi, secara tiba-tiba POWWWWW.....
berlaku geseran enjin dengan rel keretapi tersebut. ARGH!!! habis calar bawah motor tue... Sedih jugak la sebab motor tue x sampai lagi sebulan dibeli. Harap2 la boleh bertahan 3~4 tahun lagi.
Selepas sampai di rumah saya dan ayok terus ambil penyembur racun, racun jenama PARAQUAT, mask dan minyak pelincir untuk ke satu lagi kebun di suatu tempat bernama Pinggir untuk meracun. Situ juga salah satu kebun getah atuk saya. Cuma tanaman getah kat situ x cukup matang lagi untuk ditroreh.
Memang berat penyembur racun tue bila dah diisi dengan air. Tapi disebabkan saya ni kuat lagi gagah maka saya berjaya mengabiskan 3x reload. Ingatkan itu dah cukup banyak, tapi bila saya dapat tau dari atuk saya tentang sempadan kebun tersebut, terkejut beruk dibuatnya sebab banyak lagi yang perlu diracun. Nampaknya perlu la disambung keesokan harinya.
Petang tue macam biasa sambung membina reban ayam . Memang lambat kitaorang buat reban tue. Tapi x per kan?? Sebab orang tua2 kata biar lambat asal selamat. Hahahaha.

So begitulah kisah untuk hari ini. Next karangan saya nak cerita bagaimana nak meracun dengan cara2 yang betul.
Semuga kita berjumpa lagi  = )

Khamis, 26 Januari 2012

Hari pertama yo!!

Yeah..saat ni 21.52. 26/01/2012 saya berjaya buat blog sendirik. = )
Happy jugak kot sebab dah lamer teringin nak wat blog sendirik.
So, lepas ni kene slalu la update blog ni macam la saya slalu update status kat FB.
*maner ader slalu saya update status kt FB =.=".

Ok lah.
Pagi tadi saya bangun lambat giler!!.Serius x sedar.!!Bangun2 jer dah pukul 8.30am.
Atuk pun yang biasanya ada kat dapur, da xder.
Aper lagi dgn mengelabahnya pergi bilik air terus basuh muka,gosok gigi tros wat air MILO.

Hiasan jer.
Pastu siap2 nak gi motong,tgk2 atok da kat luar,tengah kemas2 reban ayam yg separuh siap.

Hahaha gambar sebelah tiada kaitan dgn reban ayam yg sedang disiaapkan yer. =P

Dengan muka x bersalah tanya atok "er,atok arini x gi kutip ker?".Pastu atuk pon cakap "Pergilah".
Saya pon aper lagi dgn pantas lagak SUPERMAN tros gi amik moto EX5 kesayangan  berdesup menuju ke kebun.
Getah.
Baunya mcm susu basi skit.
Setelah penat lelah mengutip bersama ayok,kitaorang pon pi la juai.Timbang punya timbang dapat la 50KG pastu ditolak 4 KG.*kenapa diorang tolak 4KG pon saya x tau la -.-
Menurut pakcik yang mebeli getah tu,hari ni getah sekilo berhargra RM4.40.Huh mahal tak tu?
Tapi jenuh woo nak angkat 50KG naik atas moto, dah la kene pegi satu pokok ke satu pokok yang lain.Makin lama makin berat woo bekas yang menyimpan getah tue.Memang tumbuh la otot saya mcm cendawan.Hahahaha.
Sebenarnya sebelom pergi ke kebun ada persediaannya.Macam orang yg gi office jugak.
Mula2, baju yang memang kita nak pakai untuk pegi motong jer.
Yang ni laen skit dari yg saya pakai.
Baju tu kalu boleh jangan la cantik2 sangat.Pastu seluar,sama jugak.Jangan la seluar cantik pulak dibuat gi motong.Kemudian kene ader bekas ubat nyamuk.Kalu terlupa bawak atau tertinggal jawabnya jadik vampire la nyamuk2 di kebun getah tu.Pastu yang paling penting kene la ader pisau untuk toreh getahnya.Pisau ini hendaklah sentiasa tajam.Kalau x tajam,memang  tak lut laa nak toreh getah tu. Tumpul juga dikenali  dgn perkataan "MAJA".Hahahah kelakar kan.1stime saya dengar bengong jugak dibuatnya.

Kemudian saya pon balik rumah dan berikan hasil jualan getah kepada atuk saya.Terus saja saya menolong atuk buat reban ayam.Kalau reban ayam sudah siap,nanti saya upload gambarnya.

Eh panjang pulak kisah saya....1st time post la katakan.Hahahah semangat sangat.
Ok lah tu. saya nak mengundur diri.Semuga blog A.K.A diari saya ni teros berpanjanga. Amin.