Khamis, 26 Januari 2012

Hari pertama yo!!

Yeah..saat ni 21.52. 26/01/2012 saya berjaya buat blog sendirik. = )
Happy jugak kot sebab dah lamer teringin nak wat blog sendirik.
So, lepas ni kene slalu la update blog ni macam la saya slalu update status kat FB.
*maner ader slalu saya update status kt FB =.=".

Ok lah.
Pagi tadi saya bangun lambat giler!!.Serius x sedar.!!Bangun2 jer dah pukul 8.30am.
Atuk pun yang biasanya ada kat dapur, da xder.
Aper lagi dgn mengelabahnya pergi bilik air terus basuh muka,gosok gigi tros wat air MILO.

Hiasan jer.
Pastu siap2 nak gi motong,tgk2 atok da kat luar,tengah kemas2 reban ayam yg separuh siap.

Hahaha gambar sebelah tiada kaitan dgn reban ayam yg sedang disiaapkan yer. =P

Dengan muka x bersalah tanya atok "er,atok arini x gi kutip ker?".Pastu atuk pon cakap "Pergilah".
Saya pon aper lagi dgn pantas lagak SUPERMAN tros gi amik moto EX5 kesayangan  berdesup menuju ke kebun.
Getah.
Baunya mcm susu basi skit.
Setelah penat lelah mengutip bersama ayok,kitaorang pon pi la juai.Timbang punya timbang dapat la 50KG pastu ditolak 4 KG.*kenapa diorang tolak 4KG pon saya x tau la -.-
Menurut pakcik yang mebeli getah tu,hari ni getah sekilo berhargra RM4.40.Huh mahal tak tu?
Tapi jenuh woo nak angkat 50KG naik atas moto, dah la kene pegi satu pokok ke satu pokok yang lain.Makin lama makin berat woo bekas yang menyimpan getah tue.Memang tumbuh la otot saya mcm cendawan.Hahahaha.
Sebenarnya sebelom pergi ke kebun ada persediaannya.Macam orang yg gi office jugak.
Mula2, baju yang memang kita nak pakai untuk pegi motong jer.
Yang ni laen skit dari yg saya pakai.
Baju tu kalu boleh jangan la cantik2 sangat.Pastu seluar,sama jugak.Jangan la seluar cantik pulak dibuat gi motong.Kemudian kene ader bekas ubat nyamuk.Kalu terlupa bawak atau tertinggal jawabnya jadik vampire la nyamuk2 di kebun getah tu.Pastu yang paling penting kene la ader pisau untuk toreh getahnya.Pisau ini hendaklah sentiasa tajam.Kalau x tajam,memang  tak lut laa nak toreh getah tu. Tumpul juga dikenali  dgn perkataan "MAJA".Hahahah kelakar kan.1stime saya dengar bengong jugak dibuatnya.

Kemudian saya pon balik rumah dan berikan hasil jualan getah kepada atuk saya.Terus saja saya menolong atuk buat reban ayam.Kalau reban ayam sudah siap,nanti saya upload gambarnya.

Eh panjang pulak kisah saya....1st time post la katakan.Hahahah semangat sangat.
Ok lah tu. saya nak mengundur diri.Semuga blog A.K.A diari saya ni teros berpanjanga. Amin.












6 ulasan:

  1. lopeh ni LHDN carik kau kutip cukai.. siap kan ajo laa duit ehhh..!!

    BalasPadam
  2. Bagus-bagus, cubaan pertama yang boleh dibanggakan. :) Lepas ni boleh masukkan gambar sekali.

    BalasPadam
  3. Akan cubar carik camera sendiri ^.^

    BalasPadam