Isnin, 16 April 2012

Mari Cuci Mata Dgn Gambar2

Special cage for new hot chick's
-Kandang nie malam2 saya tutup dengan kain. Kain tu kiranya macam kelambu la. Untuk mengelakkan nyamuk. 

Ayam GAJAH jenisnya

- Saya juga menyediakan mentol agar anak2 ayam nie sentiasa dlm keadaan yg agak panas.

- Mentol juga memberikan cahaya pada waktu malam agar ayam terus makan pabila merasa lapar

 
My name is Alin

- Gambar nie ditangkap selepas sehari dibeli 


This is ma pose
 -Ayam jenis GAJAH lebih comel dari ayam baka campuran



Ayam baka campuran
 - Ayam baka campuran nie sudah berusia 3 minggu pada tarikh gambar ini ditangkap

 
Hai ma name is Nad
 -Ayam baka campuran x comel tapi ianya agak jinak dgn org lain




Ada gaya korean x saya
 -Ayam baka campuran ini baru 1 minggu dilepaskan di kandang besar dan nampak gayanya mereka sangat happy dgn kandang baru




Itu lah rumah atuk saya
 - Seperti yg saya katakan, reban ayam saya betul2 berhadapan dengan rumah saya. So keselamatan ayam agak terjamin






Nie kandang phase 2
 - Ini saya panggil kandang dlm kandang. Selepas anak ayam yg baru dibeli sudah makan agak byk, kita masok kan dlm kandang phase 2 ya.




Tanaman kantan yg baru saja saya usahakan
 - Nanti kalau dah banyak kantannya mau dijual di kedai2 runcit yg berdekatan




Moto buruk saya.
 - Motor buruk ni x perlukan penerangan


Feeding time
 -  Ayam nie sudah start makan byk. X boleh bergantung hanay pada dedak semata2.


3 ekor ayam kampung betina sedang mengeram
 - Ayam paling kanan belakang skali tue da mengeram selama sebulan. X bertelur2 jugak. Mengikut teori Prof. Madya Mohd Mubaraq Hamzah kemungkinan besar ayam jantan yg dipelihara adalah mandul. = (


Ladang NFC.
- Pak Cik yg menguruskan ladang nie sudah berputus asa dgn lembu2nya kerana kos yg tinggi.

 
Pucuk kantan
 - Sapa tau harga bunga kantan berapa??


Cantik,
Kene tunggu byk2 betul baru leh jual

 
Inilah dia
 -  Sebidang tanah yg di war-warkan. Masih nmpk bersemak kan?

 
Kolam
 - Ada cadangan dari Pak Cik saya untuk membela ikan disini secara komersial nya. Dan macam biasa kekurangan modal serta tenaga kerja 


Lagi tanah yg sedang diusahakan
 - Agak berlumpur kan? Masaalah utama kawasan nie ialah vavi serta monyet


Ubi Kayu
 - X banyak lagi ubi kayunye. Penat gila nak buat batas dia.!


Sudut lain tanah blakang umah atuk saya
 - Terus menuju ke belakang sana ialah jalan ketapi


Kolam nie perlu dibersihkan
 - Perlukan jentera berat untuk membersihkan kawan nie. Baru boleh bela ikan




Tanaman chilis serta serai
 - Tanaman di atas tanaman peribadi atuk. So saya x leh kacau


Sedikit kertas kerja yg sedang diusahakan
 - Sedang membuat data pertumbuhan ayam. Mampukah mendapat 1.5KG ayam setelah berlalunya 3 bulan?


Saya nie model, mmg la ringan
 - Berat ayam nie dlam gram. Ditimbang sehari selepas dibeli


EXTRA! my bad cat


-Orang suruh dia jaga ayam, tapi senyap2 dia pi tido belakang pintu.




-ITU SAHAJA HARI NIE. JUMPA LAGI!





Rabu, 11 April 2012

Ayam oh Ayam

Salam sejahtera semuanya. Lama benar saya nak update blog nie. Yup. Memang susah. Saya pun x tahu kenapa.

Semalam saya dapat berita gembira dari pak cik saya. Dia bersetuju memberi dana untuk menambah bilangan ayam2 yg sudah sedia dibela. Tanpa perlu saya memberi dia senarai aliran wang. Ya, dari segi konsep pelaburan or businessman itu salah caranya. Tapi dia sekarang sedang deal dengan seorang budak yg baru belajar. So dia tahu dia kene amik risiko tue sendiri. Dan saya pulak akan berusaha 100% untuk tidak mengecewakan dia! Terima kasih untuk dana tersebut.

Melihat perkembangan ayam ni, sekarang sudah 3 minggu ayam baka campuran itu sudah dibela. Memang byk makan dedak. Jadik untuk penyelesaian saya blend jagung kasar dan tabur di dlm reban yg berpasir+tanah. Jadik x perlu la dedak. (Dedak ialah jagung halus+batu2 kecil). Ayam itu juga saya bagi makan siang dan malam dengan cara memasang lampu pada waktu malam. Perubahan fizikal memang ketara. Jadik melihat cara perkembangan ayam itu rasa2nya boleh dijual dlm masa 3 bulan.

Seekor anak ayam RM3.00Dedak 1kg RM3.00 (5KG dedak bleh b'tahan slama 3 minggu untk 10 ekor)
Jadi sapa2 lagi yg mahu bantu silakan. 
Serius! ada untung saya akan share.
(at least 20%) Paling tidak pun kalau ayam tue da besar boleh la korang amik bawak balik.
Semua nie baru dalam peringkat kajian dan untuk pengalaman saya. Jangan takut dengan risiko tapi berhati2 dengan risiko.

Email LordAsh313@yahoo.com.my untuk keterangan lanjut.



-itu saja cerita pasai ayam-


Sekarang nie saya sedang mengusahakan sebidang tanah yang berada betul2 dibelakang rumah atuk saya. Habis tangan saya melecet-lecet. Nanti siapa2 yang saya bersalaman dgn mereka dan merasa kurang selesa, saya minta maaf ya. Agak kasar tangan saya sekarang.
Setelah 2 minggu meracun, menebas, mengapak, mencangkul serta memekik, akhirnya selesai juga tugasan tersebut.
Buat masa ni saya menanam pokok ubi kayu buat sementara waktu. Jadi siapa2 yang ada idea tanaman apakah yg patut ditanam silalah komen ya. Tapi sebelum memberi idea tersebut sila teliti nota2 dibawah :
  1. Kawasan rumah atuk saya banyak monyet. Pokok jenis buah-buahan tidak digalakkan
  2. Pokok yg tidak terlalu lama untuk mendapatkan hasil
  3. Kawasan tue juga agak berair. (Kangkung cadangan atuk saya)
  4. Saya juga x mempunyai baja yg banyak. 
Sekian.


*Nak cuba buat bisnes jual baju melalui internet plak. = )