Rabu, 11 April 2012

Ayam oh Ayam

Salam sejahtera semuanya. Lama benar saya nak update blog nie. Yup. Memang susah. Saya pun x tahu kenapa.

Semalam saya dapat berita gembira dari pak cik saya. Dia bersetuju memberi dana untuk menambah bilangan ayam2 yg sudah sedia dibela. Tanpa perlu saya memberi dia senarai aliran wang. Ya, dari segi konsep pelaburan or businessman itu salah caranya. Tapi dia sekarang sedang deal dengan seorang budak yg baru belajar. So dia tahu dia kene amik risiko tue sendiri. Dan saya pulak akan berusaha 100% untuk tidak mengecewakan dia! Terima kasih untuk dana tersebut.

Melihat perkembangan ayam ni, sekarang sudah 3 minggu ayam baka campuran itu sudah dibela. Memang byk makan dedak. Jadik untuk penyelesaian saya blend jagung kasar dan tabur di dlm reban yg berpasir+tanah. Jadik x perlu la dedak. (Dedak ialah jagung halus+batu2 kecil). Ayam itu juga saya bagi makan siang dan malam dengan cara memasang lampu pada waktu malam. Perubahan fizikal memang ketara. Jadik melihat cara perkembangan ayam itu rasa2nya boleh dijual dlm masa 3 bulan.

Seekor anak ayam RM3.00Dedak 1kg RM3.00 (5KG dedak bleh b'tahan slama 3 minggu untk 10 ekor)
Jadi sapa2 lagi yg mahu bantu silakan. 
Serius! ada untung saya akan share.
(at least 20%) Paling tidak pun kalau ayam tue da besar boleh la korang amik bawak balik.
Semua nie baru dalam peringkat kajian dan untuk pengalaman saya. Jangan takut dengan risiko tapi berhati2 dengan risiko.

Email LordAsh313@yahoo.com.my untuk keterangan lanjut.



-itu saja cerita pasai ayam-


Sekarang nie saya sedang mengusahakan sebidang tanah yang berada betul2 dibelakang rumah atuk saya. Habis tangan saya melecet-lecet. Nanti siapa2 yang saya bersalaman dgn mereka dan merasa kurang selesa, saya minta maaf ya. Agak kasar tangan saya sekarang.
Setelah 2 minggu meracun, menebas, mengapak, mencangkul serta memekik, akhirnya selesai juga tugasan tersebut.
Buat masa ni saya menanam pokok ubi kayu buat sementara waktu. Jadi siapa2 yang ada idea tanaman apakah yg patut ditanam silalah komen ya. Tapi sebelum memberi idea tersebut sila teliti nota2 dibawah :
  1. Kawasan rumah atuk saya banyak monyet. Pokok jenis buah-buahan tidak digalakkan
  2. Pokok yg tidak terlalu lama untuk mendapatkan hasil
  3. Kawasan tue juga agak berair. (Kangkung cadangan atuk saya)
  4. Saya juga x mempunyai baja yg banyak. 
Sekian.


*Nak cuba buat bisnes jual baju melalui internet plak. = )
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan