Rabu, 28 Mac 2012

Bank dari manakah ia?

Assalam, yeah. Kita bermula dengan video hari ini. Saya sangat tertarik dengan video ni sampai saya tengok banyak kali.
Bank.
Tujuan utama bank dicipta ialah, untuk melindungi wang kita dari dirompak.(based on video tadi)  Tetapi sebenarnya kalau seluruh manusia di muka bumi ini bertaqwa dengan sebenar-benarnya, tidak adalah kecurian. So x perlulah ada bank. Dan bila manusia betul2 mengikut landasan syariat yg telah Allah buat xder la pihak banker tu tidak amanah.
 
Bank ciptaan mereka memang kejam kan? So altenatifnya kita patut beralih kepada perbankaan islam. Tetapi dlm pada yang sama bank yang menawarkan perbankan islam sendiri maseh tidak 100% menggunakan konsep perbankan islam.

*Ini hanyalah pendapat peribadi. Jika anda mempunyai pendapat yang lebih bernas sila beri pendapat anda di comment section below.
 
Itu sahaja. Wassalam.

Sebelum tue mari kita rilex2 dengan video nie plak.
-Suka dengan cara penerangan dia. English dia pun x pekat sangat. ^_^
 

Selasa, 27 Mac 2012

2 Cerita

Salam sejahtera kepada semua. Tidak kira bangsa atau agama.

Bila bercakap tentang bangsa, kita kat Malaysia memang ada pelbagai bangsa. Bila ada banyak bangsa mesti ada perpecahan bangsa. Ramai kata perbezaan bangsa punca perpecahan. Tapi menurut seorang cekgu saya dia kata punca perpecahan bangsa kerana perbezaan ilmu. Saya rasa betul jugak tue. Cuba tengok profesor2 di luar sana. X pernah mereka bertelingkah mengenai bangsa. Yang ada mereka hanyalah ingin meninggikan martabat bangsa mereka secara profesional tanpa perpecahan. = )

So arini saya mahu bercerita tentang perkembangan my small bisnes. Jadi sebelum tue mari kita lihat cerita yg saya nak paparkan disini.

KISAH 1

Hari tue saya sedang mebelek2 paper macam biasa. Tengah baca2 tue saya terbaca artikel yang sangat menarik. Ianya mengenai seorang pesara kerajaan yang sangat  berjaya mengusahakan ternakan ayam kampung. Dan macam biasa uncle tue orang cinalah. Menurut artikel tersebut, uncle nie pada mulanya dia nak bukak reban ayam kecil-kecilan dalam 50~60 ekor ayam sahaja. Jadi dia pun menyatakan hasratnya tue kepada rakannya yang juga seorang bisnesman. Rakan dia dengan confident terus membantu menyediakan modal untuk 1000(1k) ekor ayam, beserta dengan segala keperluan lain. Cukup 1 pusingan jualan uncle tue berjaya membayar balik modal kawan dia dan meneruskan perniagaannya dengan jayanya. *Sekarang uncle tue ada 3 buah company SDN BHD (Private Limited) dan asset dalam RM 3 juta. Dan 500 ribu ekor ayam(500k)
-TAMAT-

KISAH 2

Selepas tue saya menjadi sangat bersemangat selepas baca artikel tue. Dengan hati yang berkobar2 saya pun menyatakan hasrat saya kepada atuk saya dan siaplah reban ayam yang very low cost. Saya juga ada menyatakan hasrat saya pada rakan2, saudara-mara dan lain2. Alhamdulillah mereka sangat menyokong saya. Tapi sokongan saja tidak mampu membuatkan bisnes saya berkembang. Jadi saya mesti carik modal untuk mengembangkan lagi bisnes saya. Saya dan atuk mula tangkap ayam2 disekeliling rumah yang sebanyak 3 ekor kemudian di letakkan di dalam reban. Tetapi ayam2 tersebut semuanya betina maka atuk pun belilah seekor ayam jantan pada jiran yg terdekat dengan harga RM 2.50.
Yeah its very cheap.
 Kemudian hampir 1 bulan setengah menunggu dengan sabar akhirnya bertelur jua 1 ekor ayam. Tetapi x sampai dua hari telur tersebut dimakan oleh biawak. HABIS!.
Kene tunggu lagi, dalam 1 minggu kemudian bertelur kembali ayam yang kedua. Yeah! Sekarang hampir 1 bulan menunggu ayam tersebut mengeram, tak menetas2. 
Tak boleh jadi. Stock jagung kasar yang dibeli dengan harga Rm 3.00 yang bertahan selama sebulan setengah hampir habis. *Itu pun setelah dikurangkan dengan seminimum yang mungkin*
So saya perlu mecari altenatif laen. Saya collect kelapa2 yang jatuh, kupas, dan jual pada kedai2 runcit yang berdekatan. Yeah! its work! Sangat mampu untuk tampung cost makanan ayam tue.
Tapi masaalah baru muncul. Terlalu lama..
Jadi setelah bertanya pendapat2 orang tua. Memang perlu la beli ayam kampung+ayam ternak. Baka yang digabung. Rasa ayam kampung tapi cepat untuk membesar. Jadi real cost is coming. Dengan berat hati saya mula mencari modal dengan menge "paw" kawan2.
Ada seorang kawan, dia juga seorang businessman dia memang berminat untuk melabur. So saya pun cuba minta modal dengan dia. 1st dia tanya "ayam kau da ader berapa ekor". Saya pon cakap la "baru ada 6 ekor". Dia tergelak besar sambil cakap, "Ko tau tak aku baru melabur kat penternak ayam jugak. RM 20 ribu kau tau. Ayam ternak bro" katanya lagi. Jadi end of story x dapat la saya mintak modal kat dia.
Jadi saya dah pasrah da nih.Yeah! dunia perniagaan memang kejam. "NO MERCY". Tapi xper saya x kan berkecil hati.
Dalam perjalanan pulang pakcik saya call, dan ajak tidur rumah dia. Kemudian esoknya dia ajak saya pergi kedai dan beli anak ayam baka campuran sebanyak 10 EKOR. Ya. 10 ekor sahaja. Kemudian beli bekas isi air, ubat dan dedak. YEAH! memang sedikit. Kerana pakcik saya hanya ingin membantu dan bukan melabur. Sekarang saya menjaga anak ayam tue kalah saya jaga kucing kesayangan saya. Sampai kan marah atuk saya sebab terlalu menjaganya. *Mana taknye, malam saya pasang kelambu pada reban khas anak ayam tue pastu saya pasang ubat nyamuk lagi. Hahahaha saya tido pon x pakai kelambu.

Saya nie budak lagi. Baru nak hidup. Muda seperti hijaunya daun. Semuda pucuk daun teh. Sekolah pun x habis lagi. Simpanan pun takda lagi. Mak dah takde, ayah pulak macam da takde. Pengalaman lagi la sangat2 xde. So nak bandingkan dengan uncle jutawan tadi memang la x boleh lawan. Memang sangat perlukan bantuan tidak kira dari segi sokongan, modal, pengalaman, dan yang paling penting ilmu. 
-TAMAT-



*Sobrie: ALAMAK! CEO kita da buat luahan hati ker? hahahahaha

** Makcik dan nenek saya selamat bertolak menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Semuga umrah dan ziarah mereka dirahmati Tuhan. Nanti kalau jumpa ayah saya kirim salam ya.


 


 
 

Sabtu, 10 Mac 2012

Oo Em Gie!

Bismillah, bertemu kembali kita.

Saya tak update lama da kan?? Saya pon x tau kenapa x dapat selalu update. Kerana saya rasa masa terlalu singkat. 24 hour tue selalu je x cukup.
Saya ada tanya seorang ustaz kenapa kita rasa dulu 24 jam tue lama tapi sekarang tidak. Ustaz tue cakap ini kerana masa sekarang sudah tidak berkat sebab tue la rasa cam cepat jer.
Saya x berapa la paham sangat aper yg dimaksudkan tue. Tapi yg penting kita gunakan sebaik mungkin masa yang kita ada. Menurut pepatah arab "Masa itu seumpama pedang". Wow! memang tajam. ^.^

Oklah back too our old story.
Cuma kali nie saya skip terus ke tengah hari. Tengah hari tue cam biasa la,
saya dan ayok masak untuk tengah hari. Saya tanya atuk dia "nak makan apa"? Pastu, atuk tanya saya balik saya nak makan apa? 
saya tanya otak saya , "ko nak makan apa"?
Otak saya kata "tepuk dada tanya selera".
So saya pon ketuk la dada saya yg tegap tue sambil menanya ko nak makan apa? Dada saya ckp sebab ader sotong kt dlm peti ais tue so kita makan sambal sotong.

"Hurmm..not bad" kata otak saya. Jadi saya pon berpikir2 ttg sambal sotong.
Saya x pernah masak sambal sotong. Jadi saya tanya la atuk saya camner nak masak sambal sotong. Atuk ckp "bantai jer la, yang penting cukup garamnye". Hah! pening kepala saya. N then in the second saya terpikir kata2 pakcik saya
"Google kan ada" so dengan pantas saya p kt comp saya n then type nie.
Selesai masalah. Trimas uncle Google.
Saya memang ikut betul2 recipe diorang, tentang bahan mmg x der masaalah kerana saya boleh carik di sekeliling umah. Cuma bila da smpai part tumis cili saya dengan pandai2nya tambah telor dan perisa cukup rasa. 
Saya buat camtu kerana hendak mengikut order atuk saya "Bantai jer la"
Hahahahaha.
Jadi kitaorang pon makan la Sambal Sotong ASH dengan penuh berselera. Memang x der masalah. ^_^"
So kepada bujang2 di luar sana ini ader satu ayat yg akan mengembirakan kamu.
"Bila bujang masak, bujang laen TIDAK AKAN condem pon, tapi bila perempuan masak/isteri masak ader jer yang tak kena". *masakan ibu tidak tersenarai.

Hahaha saya agak setuju dengan ayat tue. Jangan terasa yer.
Ok selepas makan tengah hari, cam biasa saya join atuk tengok berita tv 3 suku tue.(ayat tv 3 suku blaja dgn kwn2 Anti BN).
Sebab atuk kurang pendengaran so atuk pasang volume TV tue kuat2. Sangat kuat ma, kalu saya ari2 dengar mau saya pulak yg pekak. ^_^"
Sebab da masok waktu Zuhur saya pon solat ngan atuk sekali. Selesai solat saya pi la lepak2 kat koridor luar sambil2 wirid serta tengok2kan ayam.
And then saya nampak sesuatu yg pelik.
Dengan hati yang berdebar2  saya pegi tengok dekat2 kandang ayam tue. 

SAH!!
2 bijik telor ayam sudah abis dimakan!!!
ARGH tekanan tahap dewa saya!! Cepat2 saya report sama atuk. Kalau ikutkan hati nak jer saya report sama polis tapi mesti polis x nak layan kes saya nie.
Atuk cakap nie mesti kerja si biawak. x kan buaya darat pulak erk?. =.=
So saya kene bertenang mcm Detective Conan. Tarik napas dalam2 dan pikir apa yang tak kene.
Check punya check saya nampak ader satu bahagian yg tak ditutupi dawai kecik dengan sepenuhnya! Yeah!
Saya ingat lagi bahagian nie waktue pasang dulu.
Hati kecil saya kata "alah setakat lubang camnie x der masalah punya".
ARghh!! ianya memang ber masalah. Saya ada nampak kesan2 kulit telur disitu.
Saya pon pi naik atas umah tukar baju kerja dan memulakan operasi menampal kebocoran tersebut. Saya juga membersihkan semak2 yg berdekatan disitu.


Dari sudut positif disini ya. (setelah berfikir dgn cara Detective Conan)
  1. Dpt jugak saya kesan kelemahan reban ayam nie
  2. Nasib baik la biawak tue makan telur ayam jer. (kalau dia makan sekali dengan mak ayam tue?)
  3. Jgn perkecilkan perkara yg kecil. 
Tpi geram tetap geram. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. So saya tunggu keesokan harinya dengan tekun. Lepas jer solat Zuhur saya duk depan rumah untuk tengok keadaannya. Hampir 3 jam lepas tue mmg betul dtg seekor biawak sebesar betis saya  merayap-rayap disitu.
Dem! biawak tue tros jer pergi ker bahagian lubang semalam tapi, saya dah baiki. Saya, ayok dan atok dah ready parang ditangan. Kami biarkan biawak tue tawaf2 kandang ayam tue. SAH! dah xder lubang untuk ditembusi. ^_^
So bila kami mula nampak biawak tue mula panjat kandang, kami mula mendekati dan SERANG!!!!
Libasan parang saya tidak mengena dan dengan pantas biawak tue lari arah ayok dan kerna takut, ayok baling parang dia kearah biawak tetapi tidak kena dan terselamat la biawak tue dari kami.....SETAKAT ini.
Biawak oh biawak akan kue buru mue hingga ke akhir hayatmu.

Jadik lepas tue atok pon ckp la sama saya. "Biawak nie kalau cekap. Kita dekat jer dia da boleh lari, laju plak tue. Baik kau lastik kepala dia. Nnti dia da bengong baru la pancung kepala dia."
Nampakna saya kene la berlatih lastik. So petang tue saya letak botol chips potato  dekat reban ayam dan saya menembak dari koridor umah. 10 bijik batu saya tembak, batu yg ke 20 baru kene. =.="
Sangat fail!.
Tak per yg penting pratik hari2. Nanti mesti 1hit 1kill!


Tapi setelah 3 hari kemudian ayam tue bagi berita gembira pada saya. 2 ekor ayam selamat menelurkan 2 biji telur. So kali nie mesti saya jaga dengan sebaiknya bagai menatang minyak yang penuh! Saya Karam Singh Walia melaporkan untuk anda. 
Hahahahaha. Begitulah rencah  hidup saya di kampung.

Sekian saja dari saya. Kalau lapang saya update lagi yer.

P/s: Serius saya nak laptop! xder ker org nak bagi? hahahahaha

**Ader org Follow saya tapi saya x mampu nak jadik leader yg baek so wat apa follow saya??? tapi aper pon trimas kerna nak ikut saya ^_^. Jgn ikut saya gi tandas sudah.








 
 


 


Ahad, 4 Mac 2012

Reban, Kandang, Rumah Ayam

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
*Semuga Abam Najib baca blog saya sbb saya pakai ayat 1 Malaysia.

Pertama-tamanya saya mengucapkan syukur setelah berhempas-pulas selama 2 bulan setengah akhirnya siap juga reban ayam saya tue. Saya sangat la berpuas hati dengan reban ayam tersebut. Semuga ianya dapatla bertahan at least 3 or 4 tahun. Sekarang nie dalam proses hendak meramaikan lagi penghuni reban cantik itu. Ayam jantan yang dibeli dengan harga sepuluh ringgit itu sudah ade 4 orang bini. Hebat ayam itu. Mari kita lihat reban ayam bersama2 ya.
Kecik dia punya

  
Keci dan hijau
  
Besar tapi x menarik
 Jadi begitulah reban2 ayam kebanyakan di Malaysia nie. Reban ayam saya di N9 nie sangatlah istemewa kan. Sangat bertuahlah ayam2 yang duduk di reban tersebut. Mari kita tengok gambar2 reban ayam saya yang sudah di leak kat FB tue.
Yeah! Memang besar sehingga melebihi tinggi ku ini

Siap ada tangga lagi

Pangkin 2 tingkat memang OWNING

Ada kain plastik hitam melindungi bahagian tepi pangkin
 Jadi itulah kelebihan reban ayam saya. Memang sangat menakjubkan.
Hahahaha sudah melebih pujian diri sendiri nie. Semuga bisnes saya maju jaya.

P/s: Mencari(membeli atau nak beri pon boleh) laptop 2nd hand.