Bila bercakap tentang bangsa, kita kat Malaysia memang ada pelbagai bangsa. Bila ada banyak bangsa mesti ada perpecahan bangsa. Ramai kata perbezaan bangsa punca perpecahan. Tapi menurut seorang cekgu saya dia kata punca perpecahan bangsa kerana perbezaan ilmu. Saya rasa betul jugak tue. Cuba tengok profesor2 di luar sana. X pernah mereka bertelingkah mengenai bangsa. Yang ada mereka hanyalah ingin meninggikan martabat bangsa mereka secara profesional tanpa perpecahan. = )
So arini saya mahu bercerita tentang perkembangan my small bisnes. Jadi sebelum tue mari kita lihat cerita yg saya nak paparkan disini.
KISAH 1
Hari tue saya sedang mebelek2 paper macam biasa. Tengah baca2 tue saya terbaca artikel yang sangat menarik. Ianya mengenai seorang pesara kerajaan yang sangat berjaya mengusahakan ternakan ayam kampung. Dan macam biasa uncle tue orang cinalah. Menurut artikel tersebut, uncle nie pada mulanya dia nak bukak reban ayam kecil-kecilan dalam 50~60 ekor ayam sahaja. Jadi dia pun menyatakan hasratnya tue kepada rakannya yang juga seorang bisnesman. Rakan dia dengan confident terus membantu menyediakan modal untuk 1000(1k) ekor ayam, beserta dengan segala keperluan lain. Cukup 1 pusingan jualan uncle tue berjaya membayar balik modal kawan dia dan meneruskan perniagaannya dengan jayanya. *Sekarang uncle tue ada 3 buah company SDN BHD (Private Limited) dan asset dalam RM 3 juta. Dan 500 ribu ekor ayam(500k)
-TAMAT-
KISAH 2
Selepas tue saya menjadi sangat bersemangat selepas baca artikel tue. Dengan hati yang berkobar2 saya pun menyatakan hasrat saya kepada atuk saya dan siaplah reban ayam yang very low cost. Saya juga ada menyatakan hasrat saya pada rakan2, saudara-mara dan lain2. Alhamdulillah mereka sangat menyokong saya. Tapi sokongan saja tidak mampu membuatkan bisnes saya berkembang. Jadi saya mesti carik modal untuk mengembangkan lagi bisnes saya. Saya dan atuk mula tangkap ayam2 disekeliling rumah yang sebanyak 3 ekor kemudian di letakkan di dalam reban. Tetapi ayam2 tersebut semuanya betina maka atuk pun belilah seekor ayam jantan pada jiran yg terdekat dengan harga RM 2.50.
Yeah its very cheap.
Kemudian hampir 1 bulan setengah menunggu dengan sabar akhirnya bertelur jua 1 ekor ayam. Tetapi x sampai dua hari telur tersebut dimakan oleh biawak. HABIS!.
Kene tunggu lagi, dalam 1 minggu kemudian bertelur kembali ayam yang kedua. Yeah! Sekarang hampir 1 bulan menunggu ayam tersebut mengeram, tak menetas2.
Tak boleh jadi. Stock jagung kasar yang dibeli dengan harga Rm 3.00 yang bertahan selama sebulan setengah hampir habis. *Itu pun setelah dikurangkan dengan seminimum yang mungkin*
So saya perlu mecari altenatif laen. Saya collect kelapa2 yang jatuh, kupas, dan jual pada kedai2 runcit yang berdekatan. Yeah! its work! Sangat mampu untuk tampung cost makanan ayam tue.
Tapi masaalah baru muncul. Terlalu lama..
Jadi setelah bertanya pendapat2 orang tua. Memang perlu la beli ayam kampung+ayam ternak. Baka yang digabung. Rasa ayam kampung tapi cepat untuk membesar. Jadi real cost is coming. Dengan berat hati saya mula mencari modal dengan menge "paw" kawan2.
Ada seorang kawan, dia juga seorang businessman dia memang berminat untuk melabur. So saya pun cuba minta modal dengan dia. 1st dia tanya "ayam kau da ader berapa ekor". Saya pon cakap la "baru ada 6 ekor". Dia tergelak besar sambil cakap, "Ko tau tak aku baru melabur kat penternak ayam jugak. RM 20 ribu kau tau. Ayam ternak bro" katanya lagi. Jadi end of story x dapat la saya mintak modal kat dia.
Jadi saya dah pasrah da nih.Yeah! dunia perniagaan memang kejam. "NO MERCY". Tapi xper saya x kan berkecil hati.
Dalam perjalanan pulang pakcik saya call, dan ajak tidur rumah dia. Kemudian esoknya dia ajak saya pergi kedai dan beli anak ayam baka campuran sebanyak 10 EKOR. Ya. 10 ekor sahaja. Kemudian beli bekas isi air, ubat dan dedak. YEAH! memang sedikit. Kerana pakcik saya hanya ingin membantu dan bukan melabur. Sekarang saya menjaga anak ayam tue kalah saya jaga kucing kesayangan saya. Sampai kan marah atuk saya sebab terlalu menjaganya. *Mana taknye, malam saya pasang kelambu pada reban khas anak ayam tue pastu saya pasang ubat nyamuk lagi. Hahahaha saya tido pon x pakai kelambu.
Saya nie budak lagi. Baru nak hidup. Muda seperti hijaunya daun. Semuda pucuk daun teh. Sekolah pun x habis lagi. Simpanan pun takda lagi. Mak dah takde, ayah pulak macam da takde. Pengalaman lagi la sangat2 xde. So nak bandingkan dengan uncle jutawan tadi memang la x boleh lawan. Memang sangat perlukan bantuan tidak kira dari segi sokongan, modal, pengalaman, dan yang paling penting ilmu.
-TAMAT-
*Sobrie: ALAMAK! CEO kita da buat luahan hati ker? hahahahaha
** Makcik dan nenek saya selamat bertolak menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Semuga umrah dan ziarah mereka dirahmati Tuhan. Nanti kalau jumpa ayah saya kirim salam ya.
Sobrie: Buat kertas kerja keperluan kewangan untuk memenuhkan reban yang ada dengan ayam secepat mungkin. Paklong rasa tak boleh nak tunggu ayam bertelur dan menetas - lambat sangat. Masa adalah kos yang kadang-kadang tidak mudah dilihat.
BalasPadamJadi kena beli anak ayam supaya pusingan perniagaan akan menjadi lebih kerap.
Kalau dah ada keperluan kewangan, emel pada Paklong (hussin1958@gmail.com). InsyaAllah Paklong akan cuba cari pelabur yang berminat.