Ahad, 12 Februari 2012

Assalam.

Lambat betui saya update blog saya ni.Apekan daya saya ni insan yang lemah so susah nak kekal  istiqomah dalam berbuat sesuatu perkara.Okeh kita mulakan ya wahai diari ku.
Hari ini saya bangun awal hiler, jam 4.30 am.Wow saya macam tak percaya.So bila dah tak tau nak wat apa, saya pergi bilir air ambil wuduk and then pi solat tahhajud.Solat hajat ader jugak.Supaya dapat cepat jodoh .Wahahahaha.
Bukan jodoh untuk saya yer, tapi untuk Mak Cik Ina saya.Kesian dia, x sampai2 lagi seru dia.Selepas tue baca Al-Quran pulak sampai la orang azan Subuh.Ana x tau la kenapa hari ini mood ana begitu baek.Naseb baek ana x bangga sangat.

So selepas Subuh balik rumah, terus gi dapur untuk masak.Pikir punya pikir dan setelah dipersetujui oleh ahli2 lembaga pengarah, saya dan atok pon masak la lempeng bercecahkan kaya. Saya buat masa sekarang ni boleh masak nasi goreng, sayur goreng, telur goreng, tauhu goreng,ikan goreng dan berjenis2 gorengan.Jadi memang bertuah badan la sapa yang kahwin ngan saya. Wahahaha promote diri*.

Kemudian bersiap2 untuk ke kebun seluas padang bola sepak tue.Masuknya saya ke dalam kebung itu diiringi dengan siulan burung2 serta cengkerik2 yang x mengikut rentak.Dan kadang bunyi-bunyian b*bi pon ada.Tue yang seram skit tue.Takut jugak kalu b@bl tue tiba2 naik angin serta serang saya.Tapi jgnlah risau kerana saya ada pencak yang membolehkan saya berlari sejauh 60km per jam.Seni itu dipanggil Teknik Berjuta Langkah.
Selepas hampir 1jam setengah mengerjakan pokok2 getah yang ada.Ketua Pengarah syarikat Kebun Getah KG.Ladang membuat Board Meeting secara mengejut.Saya selaku Leader of Kach' terpaksa mengahadiri sidang tersebut bersama Ayok a.k.a Pembantu Kanan LoK(Leader of Kach').
Rupanya Tuan Pengarah naikkan pangkat saya bersama Ayok kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang selama sebulan lebih bersama syarikat.
Tapi gajinya masih sama la.
Kemudian Tuan Pengarah membuat lawatan mengejut ke kawasan torehan saya.Memang berpeluh jugak nak jawab soalan2 tajam dari dia.Saya dan Ayok hanya failed tentang rumput-rumpai yang tidak dibersihkan sahaja.Yang lain semua LULUS.
Setelah pulang ke rumah kami bersiap2 untuk ke masjid,kerana ada gotong-royong sempena ceramah Maulidur Rasul yang diadakan pada malam harinya.
Atuk pergi dulu, saya dan Ayok menyusul kemudiannya.
Sampai2 saja banyak mata2 yang melihat kami.Mungkin kerana kitaorang nie jer remaja yang berada disitu.Saya dan Ayok terus cari atok.Malu jugak orang ramai tengok kita yer dok..Rupanya atuk suda berada dibelakang masjid sedang menyiat kulit kambing.Saya dan Ayok dengan pantasnya membantu atuk siang kulit kambing tue.Selesai sekor kambing ditangan kami.So selepas ni sapa2 yang nak khidmat penyiat kulit kambing just call me.Khidmat kami pantas dan hebat.
Kemudian saya pon join la pakcik2 yang lain potong daging jadi kecik2 kat depan.Memang lain skit bila orang muda campur ngan orang tua2 ni.Kebanyakan topik yang dibualkan berunsur 18++.Pening jugak la melayan diorang nie.
Selepas siap semua daging dipotong saya dan Ayok pon pergi la jalan2 kat kedai.Tapi sebelum balik tue ader sorang pakcik tue pesan supaya datang balik jam 12 tengah hari kerana ada makan tengah hari.
Tapi disebabkan saya dan Ayok melencong ke tempat lain maka kami sampai lewat ke masjid. Hanya tinggal berapa orang saja, selepas makan kami pulang ke rumah.Sampai jer tros kene "kuliah" dengan atok.Sebabnya orang kampung tadi risau kitaorang xder time makan tengah hari tadi.
Sungguh baek hati orang kampung disini.
Jam 5 petang saya dan Ayok mula menyambung kerja2 membuat reban ayam.
Kalau siap la reban ayam tue diangarkan boleh menyumbat sebanyak 100 ekor.
Jam 7 bersiap dan menuju ke masjid.Habis solat Magrib kuliah pon bermula.Sedang khusuk dengar kuliah ader sekumpulan budak riuh rendah,so saya tanya la diorang ape kehalnyer bising2 nie?
Diorang cakap nak gi test power kat kubur.Pergh! memang terkejut saya.Diorang nak try jalan kat kubur tue malam2.Sorang2 plak tue.Memang gempak arr kot.Saya time kecik2 dulu, lalu lorong belakang rumah sorang2 tue pon dah saya kata gempak. Inikan lalu kubur sensorang. Saya pon malas la nak masuk campur, so saya biarkan jer la.Selesai jer solat Isyak jemaah pon mula makan.Sedap la jugak.Kambing rendang dan sebagainya.Alhamdulillah semuanya cukup siap ada orang bungkus lauk bawak balik rumah.

So begitulah hari ini.Semuga hari esok lebih baik dari hari ini.


** Hari ni tiada gambar ya.
*** Maap ya kepada sesiapa yang berkenaan. 



3 ulasan:

  1. Sobri @ Leader of Kach,

    Terima kasih banyak2 kerana solat hajat yang istimewa untuk Mak Ina. Sangat terharu! Dan malu pun ada.

    Terima kasih untuk ingatan & kasih sayang Sobri.

    Mak Ina pun mendo`akan agar Sobri sentiasa di dalam rahmat dan redha Ilahi.

    Suka membaca aktiviti Sobri di kampung. Alhamdulillah, banyak perkara yang memberi manfaat kepada Sobri & Mubarak.

    InsyaAllah, ada rezeki teringin nak tengok Leader of Kach & Pembantu Kanan LoK menunjukkan kepintaran & kemahiran memotong getah. Dan, nak tengok gak reban ayam hasil usaha Sobri dan Ayok.

    Teruskan menulis Sobri. :)

    Salam sayang,
    Mak Ina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2.
      Kalau ada kesempatan saya upload videonya.

      Padam
  2. Sallam Sobri dan Mubarok,

    Semoga sihat dan dalam Redho Allah dan sentiasa dipelihara iman. Kalau reban tu dah siap nanti nak pelihara ayam apa? Paklong nak "invest" untuk beli anak ayam supaya dah besar nanti boleh buat kenduri.

    Sallam

    BalasPadam