Selasa, 14 Februari 2012

Mari kita berbisnes

Assalamua'laikum,

Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha saya, saya sangatlah gembira.^.^
Khasnya kepada PakLong saya kerana berminat sehingga menyatakan minat untuk melabur pada reban ayam saya yang seberapa tu.

Jadi setiap bisnes mesti ada rancangankan? Jadi saya akan cuba sedaya upaya memberi input sebanyak mungkin didalam post ni.


*Ayam yang hendak dibela menurut atuk saya ialah AYAM KAMPUNG+AYAM BANDAR(ayam ternak). Katanya lagi dia sudah jumpa orang yang menjual baka ini.Kami juga menggunakan konsep terbuka kerana ia menjadi keadaan semulajadi ayam kampung. Rasa ayam campuran ni sedikit liat tapi rendah lemak dan lebih manis.


Pertama sekali ialah tentang bahan2 binaan dimana menggunakan ZERO COST.Bahan2 binaan diperoleh dari bahan2 terpakai yang masih kuat dan masih boleh diguna pakai. Alat2 tukang juga di'support' oleh atuk saya ianya termasuklah tukul besi,paku,gergaji,pahat,pemotong dawai dan lain2. Kayu contohnya kami ambil dari pondok2 lama disekitar rumah, jiran2, kayu papan selipar lama(rel kereta api punya alas. Tapi jgn risau kerana rel kereta api sekarang tidak lagi menggunakan kayu tetapi menggunakan konkrit) dan lain2. Ini termasuklah zink,dawai besi dan jaring yang digunakan. Bukan kerana kami kedekut untuk mengeluarkan cost tapi kreatif menggunakan apa yang ada disekeliling. Ini mungkin nampak buruk dan tidak menarik, tapi ianya reban ayam bukan? Mungkin tidak perlu terlalu cantik untuk reban yang pertama. Cuma jaring bersaiz kecil dibeli untuk menyempurnakan reban ayam tersebut.*Hihihi memang ader cost pon cuma sedikit.*


Kedua, tidak ada cost upah pembinaan serta upah design reban ayam. Ini kerana saya, ayok , dan atok melakukannya secara percuma. Mengenai design pulak, atuk menggunakan daya imaginasinya dan menggunakan kami sebagai tenaga untuk merealisasikan reban ayam tersebut.

Ketiga, keselamatan ayam. Insya'allah tidak mampu ditembus oleh musuh2 tradisonal ayam. Ini kerana jaring kecil diletakkan dibahagian bawah reban, jadi ayam kecil tidak boleh keluar. Ular atau biawak jugak x mampu menembusi bahagian bawah reban kerana dibelakang jaring kecil ada jaring besar yang me'back-up'nya. Bahagian atas juga dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu jaring tebal kemudian zink yang menutup jaring tersebut. Maka monyet2 yang comel itu juga tidak mampu untuk menembusi bahagian atas reban. Atap itu juga sebagai cover daripada objek2 keras yang jatuh seperti durian,nangka busuk,cempedak sedap dan lain2. Kami juga menyediakan pangkin untuk ayam2 itu berehat di waktu malam. Juga keadaan yang tidak membenarkan berlakunya pemangsaan. Kami juga ada membela seekor kucing yang boleh buat bising bilama ada sesuatau yang tidak kena. Ini memang kelebihan kami yang orang lain tiada. Reban ayam juga terletak berdepan dengan pintu masuk dan tingkap rumah kami, jadi kalau kami nampak sesuatu yang mencurigakan seperti manusia, king kong, orang utan, dinasour atau lain2 kami akan menembak mereka setelah diberi amaran untuk beredar.*Atuk saya ada lesen untuk menembak*  = )

Keempat, Pengalaman. Ya saya akui saya dan ayok memang tiada pengalaman dalam menjaga ayam tetapi atuk saya mepunyai pengalaman menjaga ayam selama puluhan tahun. Ini sangat membantu kami. Pengalaman atuk juga membantu kami memilih baka,makanan dan lain2 dengan baik. 


Kelima, Market. Ya kami tidak mempunyai market yang tetap tetapi kami sudah ada pelanggan2 yang ingin membeli ayam2 kami sebaik sahaja ianya boleh dijual. Kami akan cuba meneroka market seperti jual secara lansung di kedai2, pasar malam, pasar siang, pasar basah, pasar kering(ayam hidup), kedai makan dan lain2. Kami juga sudah ada 4 kenderaan sedia ada untuk digunakan.
2 kereta 2 motosikal.


Keenam, Recycle. Kami akan gunakan najis2 ayam tersebut untuk dibuat baja. Baja tersebut boleh dijual kepada orang lain atau kami gunakan untuk projek tanaman kami itu terpulang kepada pemegang saham terbesar. Kami juga akan jual isi2 perut ayam kepada pemancing2 atau kami gunakan untuk projek ikan kolam kami. Ini juga berdasarkan keputusan pemegang saham terbesar.


Ketujuh. Expand. Kami juga bercadang untuk mebesarkan lagi projek kami jika ianya mendapat sambutan. Bukan hanya ternakan ayam tetapi juga meliputi seperti kambing, lembu, kerbau, itik, ikan dan lain2.


Kelapan, REAL COST. Cost untuk membeli baka ayam dan makanan ayam yang mungkin agak mahal. Juga cost maintenance reban tersebut. Cost maintenance pekerja mungkin tidak ada kerana kami pegang prinsip "Kami boss kami pekerja".


Kesembilan, Saya cuba senaraikan kelemahan2 kami pula
  • Bencana Alam seperti Banjir, musim panas yang melampau, malam yang terlalu sejuk, penyakit berjangkit(< akan cuba diatasi dengan menghubungi doktor haiwan)
  • Khianat/Sabotaj
  • Kurang pengalaman dalam marketing
  • Saya n ayok x mempunyai lesen lagi.(<ini mudah jer untuk diselesaikan)
  • Dan lain2 yang tidak dinyatakan(x tau aper lagi )
Sekian.

Yang Benar,

------------------------
Ahmad Sobriezh Hamzah
CEO Reban Impian SDN BHD




* Surat nie adalah prototaip untuk mintak modal kat Agrobank hihihihihi = D
** Saya nie idea banyak tapi nak praktikan susah, harap korang doakan saya ya
*** Jumpa lagi di lain hari









10 ulasan:

  1. Sobri,

    Mak Ina suka idea Sobri nak menternak ayam. Di samping menambah pendapatan, kita juga dapat membantu orang kampung. :)

    Setiap kejayaan memang bermula dengan impian. Kita cuma perlu pastikan impian menjadi kenyataan.

    Satu tulisan yang menarik & menunjukkan awak berfikir jauh. Mak Ina mendo'akan agar impian Sobri tercapai. Mak Ina memberi sokongan padu; tiada ragu-ragu.

    Teruskan usaha Sobri & Mubarak, untuk masa depan.

    InsyaAllah, man jadda wa jada.

    Salam sayang,
    Mak Ina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trima kasih... saya akan cuba yang sebaik mungkin = )

      Padam
  2. Kak Lin berikan sokongan padu pada... kucing itu!

    BalasPadam
  3. Achik berikan markah untuk karangan diatas... 9/10!
    Kalau ambil July paper BM ini boleh lulus cemerlang :)

    BalasPadam
  4. makkk aiiii.... proposal kau bukan takat agrobank... IMF pun bole cair..
    bro... dah berapa ribu ekor ayam kau..huhuhuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin nak ternak samapai 800k ekor.... wahahaha kalau banyak tue mungkin leh dpt dlm RM 5m
      =.="

      Padam
  5. Sallam Sobri dan ahli Pengarah Reban Impian,

    Satu tulisan yang sangat bernas dan informatif. Siap dengan SWOT Analysis sekali (*tabik*). Paklong rasa lulusan Diploma Perniagaan pun belum tentu mampu membuat analisa seperti yang telah di persembahkan. Syabas.

    Sekarang cuma perlu siapkan aliran tunai (termasuk keperluan modal) iaitu apa yang hendak dibayar dan berapa harga; berapa lama kos perlu ditanggung sebelm hasil dapat di kutip. Kalau perlukan bantuan kita ada ramai yang boleh membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lulusan Diploma Perniagaan Google jer ^_^

      Aliran tunai dan etc dalam perancangan, ada kesempatan saya akan post.

      Betul ker nak pakai nama "Reban Impian"?

      Padam