Assalamua'alaikum,
Semuga pelawat2 blog nie dalam sihat2 aja ya. Baiklah sebelum kita bermula saya ucapkan terima kasih atas sokongan2 kalin semua, kerana sokongan2 kalianlah menjadikan pembinaan reban ayam saya semakin laju. XD
Jadi hari ini mari kita jadi orang biasa2 dengan pemikiran yang biasa2 dan menjalani kehidupan yang biasa2.
Macam biasa selepas Subuh saya, ayok, dan atok mulakan projek memasak pada waktu pagi. Tapi atok kata kakinya tidak berapa sihat menyebabkan sukar untuk bergerak. So atok putuskan pagi nie kitaorang makan western food iaitu fried eggs with bread. Ceh wah hebat. Plus teh tarik. Hahaha memang sedap la kan. Kemudian dengan pantas menuju ke kebun getah untuk memulakan rutin seharian. Hari ini kami mengutip hasil getah yang ditoreh 2 hari lepas. 2 hari menoreh dan 1 hari kutip getah, kemudian dijual. Ya, pokok getah kami masih muda dan sebab itu perlu 2 hari untuk toreh, barulah hasilnya agak banyak banyak kemudian 1 hari untuk kutip sahaja kerana memberi peluang kepada pokok getah muda itu untuk "cooldown". Hari mengutip getah kebiasanya atuk tidak ikut mengutip, so atuk tinggal dirumah sambil mengusahakan reban atau kerja2 rumah. Dari satu pokok ke satu pokok saya dan ayok pergi sambil collect getah yg berada di dlm cawannya. Sometimes getahnya keras dan kadang2 getah cair, yang cair tue rugi la skit. So sepatutnya, untuk mengelakkan getah itu cair hendaklah diletakkan cuka getah, tetapi untuk pokok getah muda ini tidak boleh lagi kerana getah pokok muda buleh mengeras dengan sendirinya tetapi memakan masa dalam 6jam. So kalau hujan sebelum 6jam, hurmmm x dpat la den nak nolongnya. (^.^).
So di pengujung kebun sudah tersedia motor dengan bekas untuk mengisi getah yg sudah dikumpul. Lalu ayok pon naek moto tue. Naik jer ayok atas motor tue, tiba2 jer ayok macam hilang keseimbangan dan BOOOOOOM....berderai la segala macam getah2 tue. = (
Dah kene wat 2 kerja. Kutip balik getah2 yang jatuh tue. Ayok x der apa2 termasuk la moto tue. Kemudian setelah siap dikumpul semula, mulalah bergerak ke tempat jual getah. Sebelum sampai ke tempat pengumpulan getah ader satu lagi halangan yang perlu dilalui iaitu landasan keretapi .
Bayangkan.....*x payah bayangkan dah ader gambar dah tue... Bayangkan dengan muatan getah seberat 40KG.*dah ringan,aritu 50KG bawak naik moto Honda Cup bulat kene lintas landasan keretapi nie. Payah woooo, kalau lah tiba2 jer ketapi datang memang naya woo. Tapi alhamdulillah setakat nie x dak apa2 yang terjadi. Sampai jer kat tempat jual tue dan timbang2 dpt la dlm RM 1xx.
Sampai rumah buat penyerahan duit pada Tuan Presiden and the Tuan Presiden cakap ari kita pegi pasar SABTU. So saya dan ayok pi la mandi2 dan bersiap.
Sampai kat pasar, banyak kereta sudah memenuhi ruangan parking sehingga terkeluar dari mulut atok saya "mano nak carik bloody parking nih!!". Hahahaha hebat jugak atuk saya ber"speaking".
Akhirnya dapat jugak carik parking dan teros jalan2 kat pasar tue. Jalan punya jalan, saya tengok setakat kat pasar tue la, x der lagi orang jual ayam kampung. Maupun hidop atau yang dah sembelih. Mungkin ada pasaran disini. Kalau nak kata ayam kampung, orang kampung ader bela dan diorang leh makan sendirik mungkin benar. Tapi kat sini jugak ader kem askar dan juga banyak staff2 KTMB. So mungkin diorang nie x selalu merasa ayam kampung. So saya punya target nak jual kat mereka la ayam2 kampung saya. ^_^. Jadi kat mana ada kemahuan disitu ada jalan.
Selesai atuk membeli keperluan2 dapur, kami pun balik la.
Petang tue saya dan ayok kembali mengerjakan reban ayam yang sudah mencapai fasa terakhir iaitu fasa membina pangkin. Kata atuk pangkin nie hendak diperbuat dari buluh. So saya dan ayok maybe kene masok hutan untuk mencari buluh. Nantikan post ekslusif saya masok hutan dng ayok.
Malamnya pulak saya, atok dan ayok ke surau untuk solat Magrib. Habis saya solat dan mengaji macam biasa saya hendak pulang ke rumah tapi ada seorang budak cakap ngan saya "abang ajar saya ngaji??". Alamak saya nie sekolah pondok x abis lagi boleh ker ngajar budak mengaji??? Sbb kesian kat budak tue saya pon ajar la dia. Nasib baek la dia hanya baca Iqra' buleh la saya tulung2 betulkan apa yang dia baca.
Wah dah jadik ustaz saya kat sini erk...Hebak2. Nanti kalau saya ada peluang ingatnya nak belajar basic tarannum la kat Amir or Izzul sepupu saya tue. Diorang memang hebat bertarannum.
So itulah kisahnya pada hari ini. Semuga hari esok lebih baik dari hari semalam. Samalah kita doakanya ya..^_^.
*Baru jer selesai tengok video UAI dgn Zizan waktu tahun baru dalam Youtube. Menyesal x ikut mak ina aritu. =(
Awie, jom balik kampung nenek punya kenduri 19hb Mac ni.. :D
BalasPadam