Khamis, 4 Oktober 2012

Carilah pahala dengan mudah



  Disamping ibadah yang berat lagi khusus,
Carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah. Contohnya memaafkan kawan, menziarahi kawan, senyum dengan niat untuk bersedekah, memberi salam, beri laluan pada orang lain terlebih dahulu ketika memandu kereta, duri-duri dan benda2 yang menghalang jalan dibuang segera.


Waktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadah, pahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun.

Berpakaian, niat bercantik - cantik kerana Tuhan itu cantik, dapat juga pahala.
Yang salah itu, berpakaian kerana bermegah - megah dan menunjuk - nunjuk.

Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknya,
Tanpa memerlukan korban masa atau harta,
Tapi kita telah mensia - siakannya.


Syarat - syarat untuk menjadikan setiap perkara yang kita lakukan menjadi ibadah ialah:


  1. Niat mesti betul (yakni kerana Allah) 
  2. Pelaksanaan mesti mengikut syariat Allah 
  3. Agenda - agendanya mestilah halal dan bertepatan syariat 
  4. Tidak meninggalkan perkara (rukun) asas iaitu rukun Iman dan Rukun Islam 
  5. Natijah dan penghasilan dari usaha kerja itu mestilah taqwa dan dimanfaatkan kepada Allah dan agamanya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan