Isnin, 8 Oktober 2012

Umat Islam tidak terbela. Mengapa?

Umat Islam di dalam dunia ini terlalu ramai, tetapi mengapa kita masih tidak kuat? 
Mengapa masih tidak terbela? 
Mengapa masih dihina - hina?

Dan macam - macam teori yang keluar, 
Macam - macam persidangan yang dilakukan, Macam - macam perbincangan yang dilakukan, Tapi masih tidak menjadi. Ada yang cakap tidak bersatu padu la, tidak berkasih sayang lah, tidak ada tolak ansur lah, tidak mahu boycot lah dan macam - macam lagi. 
Yang sebenarnya untuk menjawab persoalan tadi kita perlu berbalik semula kepada siapa yang mencipta kita. Allah lah yang mencipta kita. Dan semestinya Allah  sudah beri penyelesaian pada kita.

"Hendaklah kamu berbekal. Sesungguhnya sebaik - baik bekalan itu adalah sifat taqwa " (Al-Baqarah :197)

Bila jadi orang bertaqwa, maka kita dapat pembelaan dari Allah sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Selagi belum menjadi manusia yang bertaqwa, tidak ada jaminan dari Allah akan dibela sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Kalau sekadar menjadi orang Islam, tidak ada jaminan dari Allah untuk dibela.

Dalam Al - Quran, Allah tidak mengatakan akan membela orang Islam. Tidak ada satu ayat pun yang Allah berjanji hendak membantu orang Islam. Tetapi yang ada dalam ayat Al Quran mahupun dalam Hadis, Allah hanya membantu orang - orang mukmin yang bertaqwa.

Bila seseorang itu sudah dapat berbekal dengan sifat - sifat taqwa, maka dia akan dapat pembelaan dari Allah SWT. Pembelaan di dunia dan di Akhirat. Inilah rahsia atau kunci kejayaan dan kemenangan umat Islam. Juga rahsia kehebatan umat Islam hingga berjaya menumpaskan musuh - musuhnya sama ada musuh lahir mahupun musuh batin.

Bagaimana hendak mendapatkan TAQWA itu? Nak dapatkan taqwa itu hendaklah mempelajari ilmunya dahulu.

Apa ilmunya?

Ilmunya dipanggil Ilmu Rohani, Ilmu Tasawuf, atau Ilmu Hakikat.

Post yang akan datang akan dibincangkan dengan lebih mendalam tentang ilmu-ilmu yang disebutkan tadi.

Sekianlah adanya.

-ASIAMAT -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan