Ahad, 7 Oktober 2012

Perlu ke kita bertariqat?


Tariqat dalam ertinya yang mudah difahami ialah kaedah atau pun cara (jalan) yang sistematik untuk mengingati Allah (zikrullah). Bagi orang2 yang kenal dan cintakan Allah SWT, zikrullah adalah sesuatu yang mesti. Tidak cukup dengan sembahyang fardu dan sunat sahaja. Mereka mahu masa - masa di luar sembahyang (waktu kerja atau rehat) dengan terus mengingati Allah.


Sebab itu pada mereka Tariqat itu patut. Sebab Tariqat akan mendisiplinkan mereka untuk istiqamah melakukan zikrullah. Atas dasar itulah maka kita lihat dalam sejarah hidup Imam - iman Mazhab yang empat, semua mereka mengamalkan tariqat. Begitu juga dengan Iman Ghazali.

Dalam sejarahnya, tariqat adalah diambil dari Rasulullah SAW, dikembangkan oleh para sahabat setelah wafatnya baginda Rasulullah. Disambung lagi oleh ulama - ulama hinggalah zaman ini.

Jadi, tariqat bukanlah perkara asing dalam Islam. Malah ulama - ulama sufi telah mengatakan Islam sendiri terdiri atas empat perkara iaitu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat. Ertinya dalam usaha menjadi seorang hamba yang diredhai Allah SWT, seseorang itu patut menempuh syariat, tariqat, hakikat dan makrifat untuk mencapai rasa ubudiah (kehambaan) yang sebenar - benarnya.

Jadi, bagi seorang yang cintakan Allah SWT dan mahu sentiasa menghubungkan hati dengan-Nya bertariqat adalah sesuatu yang wajar. Ertinya mengambil satu kaedah yang mendisiplinkan kita untuk istiqamah melakukan zikrullah. Contohnya semua orang tahu bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya memperbanyakkan istighfar setiap hari.

Baginda sendiri sehari semalam 70 kali istighfar, walaupun baginda tidak berdosa. Ertinya kita yang berdosa ini patut lebih banyak lagi beristighfar. Tapi dalam pengalaman kita tiap - tiap hari adakah sudah kita istighfar melebihi istighfar Rasulullah? Masing - masing boleh jawab.

Sekianlah adanya.

-ASIAMAT -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan